PENGENALAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)

 SEJARAH PELAKSANAAN KKQ di SEKOLAH KELOLAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALASYIA (KPM)

    Kelas khas kemahiran membaca dan menghafal al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatan kuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini juga merupakan salah satu dari kokurikulum di SMKA dan KAA (Kelas Aliran Agama). Berdasarkan peraturan KP (BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Dinas guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam daftar kedinasan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO dari Bagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP)0050/Jld.43(9) tertanggal 8 Maret 2002. 
    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) atau kini dikenali dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dari waktu ke waktu senantiasa mengadakan kursus-kursus khusus kepada guruguru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA untuk menambah atau melengkapi guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. 

STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QUR’AN (KKQ)

Kelas kemahiran al-Quran adalah salah satu kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah terkait ia wajib dilaksakanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan menurut jam pelajaran yang telah ditetapkan. 
     Oleh kerena itu, statusnya sebagai kegiatan kokurikulum, maka proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu resmi sekolah. Ini berarti kelas ini terpaksa dilaksanakan pada waktu sore jika murid tersebut berada pada sesi pagi. Sekiranya peserta didik terseut bersekolah pada waktu sore, maka kelas ini dilaksanakan pada sesi pagi. Namun demikian hal ini merupakan tugas resmi bagi guru yang terlibat. Adalah menjadi tanggung jawab pengelola sekolah menggunakan budi bicara mereka untuk menyusun jadwal yang membolehkan guru yang terlibat datang terlambat karena mereka terpaksa pulang lebih akhir berbanding dengan guru-guru lain, begitu juga sebaliknya.
     Di samping itu murid, yang terlibat dalam kelas ini hendaklah dipandang telah mengikuti salah satu dari kegiatan kokurikulum yang diwajibkan. Kehadiran mereka dalam kelas ini hendaklah diambil pendatnya ketika memberi peraturan dalam kegiatan kokurikulum. Manakala guru yang mengajar kelas tersebut juga hendaklah dianggap telah mengambil bagian dalam kegiatan kokurikulum. Secara khusus juga tidak diberi jabatan-jabatan berat seperti guru kelas dan sesamanya. Ini untuk membolehkan guru tersebut memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya kelas terkait dapat berjalan dengan baik. Pengelola sekolah juga patut berusaha menambah bahan-bahan bantuan mengajar yang diperlukan serta memastikan kelas terkait berjalan dengan baik. 

sumber :
Mohamed, M. F., Mamat, W. H. W., & Yusoff, M. Y. Z. M. (2012). Kelas Kemahiran al-Quran ke Arah Pembangunan     Generasi al-Quran di Malaysia. In Forum Tarbiyah (Vol. 10, No. 1).

Post a Comment

Previous Post Next Post